Kat sini susah nak beli mi kuah, setakat ni tak jumpa lagi org juai, yang ada mi kari, mi rebuih, & mi bandung.
Resepi ni hasil Google, kemudian melalui proses improvisasi mengikut selera sendiri.😅
Bahan Kuah:
(A) potong
1 1/2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 bijik tomato
1 bijik Cabai merah
4 bijik Cabai kering (rebus dulu)
1 bijik ubi benggala
1/4 bijik keledek
Daging ikut la byk mana, ada tulang lagi best
2 keping asam gelugoq
3/4 tin tomato soup Campbell
5 tbsp susu pekat
Garam
Aji (opt)
3/4 senduk sos cili (less pun ok)
3/4 senduk kicap manis
Cara-cara:
1. Rebuih daging/tulang, ubi dan keledek. Bila ubi dah empuk, asingkan depa.
2. Tumis bahan-bahan (A), dah wangi, blend together with ubi & keledek.
3. Tuang yg diblend ke periuk daging tadi, add water, tomato soup, sos, kicap & etc.
4. Boh la fish ball ka apa ka.
5. Biaq mendidih.
6. Rasa la ikut kesedapan.
Mi tu celoq dlm air panas.
Hidang dgn teloq reboih, sayoq ikut suka, yg penting - hirisan cabai hijau.