Sambal Ikan Sardin Berkicap
Bahan-bahan:
Ikan sardin 5 ekor
Bawang besar 1 - 1 1/2 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili kering - 10 biji atau lebih, ikut nak pedas tak
Garam sikit
Kicap manis- masa tuang tu dalam 10 -15 kali tuang.
Cara-cara:
1. Gorengkan ikan sardin (gaul garam & kunyit), ketepikan.
2. Blend bawang2 & cili (cili kering tu rebus dulu)
3. Dalam kuali lain, tumis bahan di blend, sampai masak atau agak garing.
4. Masukkan kicap
5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
6. Gaul sebati, sedia dihidangkan.
**Saya tambah kentang yg telah digoreng terlebih dahulu.